[Part 2] Lokasi Outdoor Yang Sesuai Untuk Mengadakan Photoshoot di Sekitar KL & Selangor

9:55 AM

Baca [Part One Di Sini!]

Hai! Trimas sebab sudi baca artikel Lokasi Outdoor Yang Sesuai Untuk Mengadakan Photoshoot di Sekitar KL & Selangor ni. Walaupun takde orang comment, tapi saya tahu ramai yang baca sebab post tu dah mencecah 3000 readers! Eleh..

Okay, biar saya sambung lagi kat mana lokasi yang sesuai untuk menjalani photoshoot di sekitar KL & Selangor.

The Atmosphere, Seri Kembangan.



Bangunan ini sememangnya agak sunyi tetapi mempunyai architecture landscape yang agak menarik. (Get ready wide angle lens!) Dia sebenarnya bangunan kedai tetapi mungkin tiada sambutan, jadi bangunan ni macam hambar sikit. Saya selalu datang weekend, kosong je. Kalau weekdays, taktau laa..

Di sini juga terdapat mural-mural menarik umpama street art di Laman Seni, Shah Alam. Jika pandai posing, cantik la gambar korang. Di tingkat atas, terdapat satu ruang private yang digunakan sebagai venue majlis tertentu seperti ruang majlis perkahwinan/persandingan. Jadi, jika anda bertuah, bolehlah pose sikit kat pelamin tu, tapi jaga-jaga, ada guard tegas yang memerhati....

Oh ya, tempat ni panas sikit. Bukan panas berhantu! Tapi berbahang.. Macam takde angin yang masuk. Pheww.. Bawa tisu lebih, please.

Kelab Tasik Putrajaya





Pada asalnya, lokasi ni sebenarnya hanya untuk shoot landscape je sebab betul-betul menghadap Masjid Putra, Putrajaya. Tapi tempat ni boleh tahan aman damai dia.. Bila anda betul-betul dah kehabisan idea lepas shoot kat Putrajaya tu, bolehlah datang ke Kelab Tasik Putrajaya ni.

Di sini terdapat jeti beserta permandangan bangunan Masjid Putra dan juga Jabatan Perdana Menteri. Timing yang cantik adalah waktu 3PM-5PM sebab time ni tak ramai yang beriadah.

Guard dia tengok gitu-gitu je, so far tak menghalau lagi hehe..

Taman Botani Negara, Shah Alam





Kalaulah tiba-tiba client korang yang kat tengah bandar ni cakap, "Bang, saya nak gambar kahwin saya ni kat sawah, bang. Tak kira, nak jugak!" Jangan risau, tak perlu ke Kedah untuk shoot kat sawah padi. Taman Botani Negara Shah Alam lah penyelamat anda.

Taman ni memang besar. Saya cuma pergi dekat area sawah tu je. Memang malas la nak jalan jauh. Tapi kalau korang nak explore dengan lebih mendalam lagi tempat ni, boleh sewa basikal atau naik bas dia (Ya, bas. Bayangkan taman besar gila sampai kena naik bas).

Jadi, nasihat saya, kalau ada free time tu, album dah siap, gambar dah siap deliver, betul-betul bosan duduk kat rumah, bolehlah pusing tempat-tempat di dalam Taman Botani Negara, Shah Alam ni. Pandai cari, cantiklah gambar korang nanti. Dah jumpa, jangan kedekut share lokasi pulak tau! Hehe

Oh, yuran nak masuk adalah RM3 sahaja. Hari Isnin tutup.

Bulatan Shah Alam (Berdekatan Masjid Shah Alam)
Bulatan ni memang famous. Enough said.

Taman Tasik Shah Alam





Taman Tasik Shah Alam ini terletak berhampiran dengan bangunan Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Dia ada dua belah. Satu belah dekat dengan kedai kopi. Satu belah lagi dekat dengan Wet World Shah Alam. Dua-dua ada port menarik dia tapi bagi saya, saya lagi suka yang belah kedai kopi sebab lebih privacy dan tak ramai orang. Lagipun, ada jambatan untuk shot yang menarik!

Waktu yang sesuai untuk shoot adalah pukul 4PM-6PM atas faktor lighting & privacy. Ramai orang beriadah di sini. Ada pokok-pokok di tepi sungai, sesuai untuk dramatic shot (tak tahu lah kalau pekerja dah angkat ke belum untuk pembersihan). Tapi untuk perempuan, sila berhati-hati dengan pekerja asing yang sering lalu lalang di sini.

Okay, tu je setakat ni! Semoga post ini sedikit sebanyak dapat membantu anda!
Comment la sikit.. Penat ooo menulis ni.. Hehe

You Might Also Like

7 comments

  1. salam en darimo. utk the atmosphere seri kembangan tu ada lg x pic lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pic lain xde laa.. Boleh google je, ramai sangat shoot kat situ..

      Delete
  2. Thank you ! Sangat informative 😄

    ReplyDelete
  3. Terbaik... Terima kasih kerana mengongsikan loaksi2 menarik nih untuk dibuat idea ke loaksi photoshoot. Terima kasih Darimo Photography.

    ReplyDelete
  4. Tq sudi share dan tulis entry pasal lokasi menarik utk outdoor photoshoot especially di sekitar Shah Alam.. Ada idea utk photoshoot nanti hehe. Maybe akan try explore Tmn Botani Negara Shah Alam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sy nak tye ladang upm perlukan surt kebenaran ke utk photoshoot wedding??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Yup, perlu.. Dan rasanya sekarang diorang dah tak benarkan untuk photoshoot rasanya..

      Delete

Popular Posts

Contact Us

017-928 7085

Insta Feed