[Part 1] Antara Lokasi Menarik Yang Menjadi Tumpuan Jurugambar Untuk Mengadakan Photoshoot Di Sekitar KL & Selangor

11:22 PM

Bila kita tengok ramai photographer up gambar cantik, ramai yang bertanya..

"Eh kat mana ni?? Cantiknya! Boleh share lokasi tak?"

Kebanyakan photographer akan mendiamkan diri. Mestilah tak nak bagitahu orang, sebab tu akan jadi kelebihan dia ; tahu tempat yang cantik. Jadi customer akan tertarik dengan servis dia sebab gambar dia unik dan lain daripada yang lain. Ada photographer yang elok sikit, dia bagitahu la lokasi kat mana, tapi tu pun tak detail. "Kat Putrajaya je.." ha mencarilah kau satu Putrajaya, dik..

Kini, photographer perlu update dengan lokasi-lokasi yang menarik, ikut trend, dan sesuai untuk mengadakan sesi penggambaran atau photoshoot. Tak kisahlah untuk pre-wed ke, outdoor wedding portrait ke, photoshoot untuk produk tudung ke, rata-rata semua memilih lokasi outdoor yang menarik untuk mengadakan photoshoot.

Tetapi, tak semua tempat sesuai untuk photoshoot. Photographer perlu peka terhadap persekitaran dan waktu yang sesuai untuk mengadakan photoshoot. Antara yang perlu dititikberatkan mengenai lokasi photoshoot tersebut adalah :

  • Pemandangan - Sesetengah client sanggup mengharungi perjalanan yang jauh semata-mata untuk berpeluang merakam detik-detik indah berlatar belakangkan permandangan yang cantik. "Bayar tol lebih takpe, asalkan dapat gambar cun" kata client saya.
  • Privasi - Lokasi yang akan dipenuhi dengan orang ramai, terutamanya TAMAN. Memang pencahayaan yang baik adalah sekitar pukul 5 petang tetapi 5 petang tu jugaklah orang ramai sedang berpusu-pusu ke lokasi tersebut untuk aktiviti riadah. Anda tak mahu gambar client anda berlatar belakangkan gelagat manusia yang sedang bersenam, bukan? Kecuali itu tema anda. Wow!
  • Pencahayaan - Kebanyakan lokasi outdoor tidak mempunyai masalah dalam bab ni sebab, ye lah, outdoor kan. Kecuali lokasi tersebut agak terlindung atau terpencil seperti di dalam hutan ataupun rumah/lorong dimana cahaya agak limited.
Jadi, berikut adalah antara lokasi yang menjadi kebiasaan para photographer untuk menjalani photoshoot.

Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur


Sudah menjadi satu lumrah bagi kebanyakan photographer mengadakan photoshoot di sini. Lokasi yang strategik, tidak perlu tol untuk datang ke sini (untuk penduduk sekitar Kuala Lumpur). Anda juga boleh bergambar berlatar belakangkan Istana Budaya, antara bangunan ikonik di sekitar Kuala Lumpur. Pelbagai latar belakang yang menarik boleh diperolehi jika photographer & client sanggup pusing satu taman. Tak perlu saya menulis lebih lanjut lagi, mungkin anda semua sudah masak tentang Taman Tasik Titiwangsa ini.

Putrajaya
Putrajaya memang terkenal dengan lokasi yang mempunyai permandangan atau background yang unik serta struktur bangunan yang serba moden. Tambahan pula, bilangan penduduk yang sedikit dapat memudahkan photographer untuk berkarya. Terdapat 3 lokasi yang menjadi tumpuan para photographer.

Astaka Morocco & Taman Botani, Putrajaya


Ibarat berada di Morocco, bangunan ini dihias dengan begitu teliti. Senibina yang unik serta perincian yang cantik akan mempersonakan sesiapa sahaja untuk bergambar di sini. Tetapi guard di sini agak cerewet. Untuk photoshoot komersial, perlu ada surat kebenaran daripada pihak pengurusan untuk menjalankan photoshoot. Tetapi untuk pre-wedding/outdoor photoshoot, mungkin dibenarkan.

Astaka Morocco atau Morocco Pavilion ini sebenarnya adalah hanya sebahagian Taman Botani, Putrajaya. Jadi, jika anda berjalan ke belakang lagi, anda akan memasuki Taman Botani. Senang untuk sesat juga bagi sesiapa yang tidak arif, tetapi usah risau kerana ramai orang yang beriadah di sini, jadi korang boleh bertanya. Penat-penat jalan tapi permandangan tetap tidak mengecewakan.

Admin yang sangat periang!



Presint 3, Putrajaya





Di sini jugalah terletaknya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi, Putrajaya. Senibina yang mengagumkan serta lighting yang cantik mampu melahirkan gambar yang memuaskan. Disarankan untuk mula photoshoot pada awal pagi kerana terdapat pelbagai lokasi yang cantik di sini iaitu sepanjang laluan dari Istana Kehakiman sehinggalah ke Masjid Besi ini.

Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya



Ini juga merupakan antara taman favorite bagi pasangan pengantin untuk melakukan pre-wedding. Outdoor wedding photoshoot mungkin jarang orang buat sebab taman ni luas dan berbukit, confirm penat berjalan! Nanti dah penat + kaki sakit, terus takde mood nak senyum, ye dak? Oh ya! Antara yang pernah melakukan pre-wedding photoshoot di sini adalah pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan!

Tips Outdoor Photoshoot : Bawa selipar/kasut yang selesa, pakai sehinggalah tiba di lokasi photoshoot, barulah pakai kasut tumit tinggi.

Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Gambar dari GoKL

Taman ini agak kerap melakukan event seperti marathon dan sebagainya, jadi perlulah bersabar dengan jumlah parking yang agak terhad. Taman ini juga agak luas jadi privasi agak terkawal.

Ladang Ternakan, Universiti Putra Malaysia


Universiti Putra Malaysia merupakan antara universiti yang terluas di Malaysia yang memfokuskan tentang pertanian dan agrikultur. Jadi, banyaklah tanah yang luas dan kawasan yang lapang di dalam universiti ini. UPM juga mempunyai air terjunnya sendiri iaitu di Hutan Simpan Ayer Hitam, di mana ia adalah tersembunyi dan juga terpelihara. Tetapi ia tidak dibuka untuk orang awam kerana air terjun itu hanya untuk tujuan penyelidikan warga UPM sahaja. Bagaimana pun, UPM mempunyai satu lagi tarikan iaitu Ladang Ternakan Universiti Putra Malaysia. Ladang ini agak terkenal kerana pernah menjadi lokasi penggambaran untuk filem Ali Setan sekaligus menjadi trademark untuk para pelajar UPM untuk bergambar di sini.


Semoga post ini dapat membantu para photographers untuk mengetahui sedikit sebanyak lokasi-lokasi yang menarik untuk menjalani photoshoot. Semoga berjaya!

Baca Part Two di sini!

You Might Also Like

5 comments

Popular Posts

Contact Us

017-928 7085

Insta Feed